APA ITU INSURANS?
setelah memahami peranan insurans dan bagaimana secara amnya ia berfungsi, sampailah masanya untuk kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang inusrans dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
insurans sebagai sebuah
orgnisasi berperanan menyediakan perlindungan terhadap kerugian kewangan akibat
kejadian yang tidak dijangka.
DEFINISI INSURANS
insurans boleh didefinisikan sebagai :
satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga , yang kebarangkalinnya berlaku boleh dianggarkan dengan munasabah.
perkhidmatan insurans melibatkan pembayaran manfaat atau pampasan secara kontrak kepada insured atau pihak ketiga terhadap kerugian yang tidak dijangka.
Ciri-ciri penting
insurans
ciri-ciri penting mengenai insurans adalah seperti berikut:-
i. ia adalah institusi
ekonomi
ii. ia berasaskan prisip
bersaling atau kerjasama
iii. objektif insurans
ialah untuk mengumpul dana bagi membayar tuntutan akibat berlakunya
risiko-risiko tertentu.
iv. hanya risiko
tertentu sahaja yang boleh diinsuranskan iaitu risiko-risiko yang
kemungkinannya berlaku boleh dianggarkan dengan tahap keyakinan dan ketepatan
yang tinggi.
FUNGSI INSURANS
Di dalam seksyen ini, pelbagai fungsi insurans akan dijelaskan dengan lebih lanjut.
FUNGSI UTAMA
fungsi utama insurans
ialah mengagihkan kerugian kewangan secara saksama kepada segenlintir individu
yang diinusranskan dikalangan sekumpulan besar insured. ini membawa kita kepada
faedah atau fungsi tambahan.
FUNSI SEKUNDER
- menstabilkan kos
melalui pembelian polisi
insurans, pengusaha atau ahli perniagaan tidak perlu membuat peruntukan
pembekuan modal bagi menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku
kerugian.cara ini dapat membantu menstabilkan kos berkaitan pengurusan risiko.
- merangsang usaha niaga
mekanisma pemindahan
risiko yang ditawarkan oleh insurans telah memungkinkan kepada perkembangan
bidang perindustrian dan perdagangan. aktiviti perdagangan dan perindustrian
berskala besar ini mungkin tidak dapat diusahakan sekiranya pengusaha tidak
dapat memindahkan risiko mereka melalui insurans.
- jaminan untuk mengembangkan perniagaan.
peranan yang dimainkan
oleh insurans telah membantu menghilangkan perasaan takut dan bimbang akan
kerugian yang mungkin dialami oleh individu dan ahli-ahli perniagaan.kehilangan
perasaan takut dan bimbang ini mambantu mengukuhkan keyakinan dan membolehkan
mereka merancang aktiviti oerniagan masa hadapan.
- mengurangkan kerugian
kehadiran insurer dapat
membntu mengurangkan tahap kerugian (kekerapan dan ketenatan) melalui tindakan
dan nasihat yang berkaitan dengan pengkadaran, tinjaun,urus khidmat pemeriksaan
dan salvaj.
- Kaedah simpanan
insurans berfungsi sebgi
satu kaedah menyimpan wang terutama melalui insurans endowmen
insurans dendowmen
adalah gabungan elemen perlindungan dan simpanan. Elemen pelaburan dalam
kontrak ini ialah pengumpulan simpanan. Dengan menggabungkan dua elemen ini
dalam satu pelan, insurans endowmen menawarkan perlindungan dan simpanan kepada
insured.
- Sumber Modal Pelaburan
Insurer mengumpulkan
dana yang besar dan bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana berkenaan dan
dari dana inilah semua tuntutan kerugian akan dibayar. Dana ini biasanya
dilaburkan ( untuk mendapatkan pulangan faedah ) dalam sektor awam dan swasta.
Pelaburan berkenaan membantu pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.
- Menyediakan Peluang Pekerjaan.
Industri insurans di
Malaysia telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Berikut
adalah statistik jumlah pekerja dalam industri insurans dalam tahun 2007:-
Struktur Pasaran
Jumlah Pekerja
1.
insurer
20,600
2.
Broker Insurans
1,162
3.
Penyelaras
1,844
4.
Ejen Insurans Hayat
78,587
5.
Ejen Insurans Am
39,165
Walaupun skop bidang
kerja broker dan penyelaras adalah bebas dan memainkan peranan yang lebih
khusus, fungsi kerja dalam syarikat insurans adalah saling berkaitan antara
satu sama lain. Ia meliputi bidang pengunderaitan, memproses tuntutan, akaun
audit/ pematuhan, pentdbiran/sumber manusia, pemerosesan data elektronik,
pemasaran dan perkhidmatan, pelaburan dan lain-lain fungsi sokongan.
No comments:
Post a Comment